20120419

aurat saya dan dia

assalamualikum.selamat pagi jumaat

selama ni sy kurang pasti berkaitan batasan aurat wanita muslim dan wanita non muslim.so sy minx tolong la en google ni cari kan.ni la yg sy jumpe.bnyk lg sebernya.bnyk jugak yg sy dah bce.so nk bg ringkas sy amik yg ni jela ye.

sbb hal ini dibangkit kan tempoh hari.dan sy apa yg saya tahu la.org ckp xpe klu depn wanita non muslim x pkai tudung asalkan x tunjuk anggta bdn yg lain.tu apa yg sy tahu la kan.selepas cari dan mencari baru la dpt jwpn.ni negeri perlis punya.kedh pon ade.semua la ade.hehehe.klu tnye ustaz ustazah pon mesti sama lah.sbb jawpn mereka berdasar kan hadis dan sebagainya.


Jabatan Mufti Negeri Perlis telah menerima pertanyaan hukum melalui Talian Hukum yang disediakan. Di bawah ini penjelasan hukum yang diberi setelah diperakui oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Perlis, Dr. Juanda bin Jaya.

Soalan:

Apakah batas aurat wanita muslimah di hadapan wanita bukan muslimah? Terima kasih.

Jawapan:

Para ulama berbeza pandangan tentang batas aurat wanita muslimah di hadapan wanita bukan muslimah. Sebab perbezaan pandangan ini kerana berbeza cara faham mereka terhadap ayat dari surah al-Nur: 31, Allah SWT berfirman:

ولا يبدين زينتهن إلا لبعولتهن …أو نسائهن

Mafhumnya: “Dan jangan para wanita itu menampakkan perhiasan (aurat) mereka melainkan kepada suami-suami mereka…atau kepada para wanita mereka.(al-Nur: 31)

Para ulama berbeza pandangan dalam menafsirkan kalimah nisak (wanita) di sini antaranya:

1. Dimaksudkan nisak (wanita) muslimat sahaja.

2. Dimaksudkan kepada semua wanita sama ada muslimat atau bukan.

Pandangan yang lebih benar ialah harus wanita menampakkan auratnya di hadapan wanita bukan islam melainkan jika dibimbangi berlakunya keburukan yang lain seperti bimbang wanita bukan islam itu akan menceritakan cirri-ciri tubuh badan wanita muslim kepada lelaki ajnabi, maka pada ketika itu wajib menutup aurat tidak kira di hadapan wanita kafir atau wanita muslimah yang rosak akhlaknya.

Antara bukti yang menunjukkan pandangan yang lebih benar ialah harus wanita muslimah menampakkan auratnya di hadapan wanita bukan islam ialah hadis ‘Aisyah RA yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim yang menyebut seorang wanita Yahudi pernah menemui beliau (‘Aisyah) di dalam rumahnya, dan tidak diriwayatkan beliau menutup aurat pada ketika itu.

Al-Syeikh Abdul Aziz Abdullah bin Baz RH menyebut:

لا يجب الاحتجاب عنهن - أي : غير المسلمات - فهنَّ كسائر النساء في أصح قولي العلماء

Mafhumnya: “(Wanita muslimah) Tidak wajib berhijab di hadapan wanita bukan islam, mereka adalah sama seperti wanita lainnya berdasarkan pandangan yang lebih benar dari dua pandangan ulama yang ada.” (Fatawa al-Mar’ah al-Muslimah 2/582)

Oleh yang demikian, aurat seorang wanita muslimah yang dibenarkan untuk diperlihatkan kepada wanita lain ialah aurat yang dibenarkan ketika dia bersama dengan mahramnya . al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimin berkata:

لها أن تكشف لمحارمها عن الوجه والرأس والرقبة والكفين والذراعين والقدمين والساقين ، وتستر ما سوى ذلك

Mafhumnya: “Bagi seorang wanita muslimah itu dia boleh membuka aurat kepada mahramnya terdiri dari muka, kepala, lutut, dua tapak tangan dan hasta, dua betis dan lengan, manakala dia tutup aurat yang selain dari itu.”(Fatawa al-Mar’ah al-Muslimah 1/417)

Wallahu a’lam.


xkira la kite ni dok asrama ke hape.yg pasti untuk pelajar2 ipt la kan.mesti bergaul dgn non muslim.kdg2 ade yg 1 rumh lg.so wajibkah bertudung dan menutup aurat 24 jam di hadapan mereka.jwpn dah ade kan.cuma berpakaian sopan dan jgn tunjuk yg x sepatutnya sudahlah.xkan la xdew rasa malu kowt.betul x.pandai2 la fikir ok.

nk komen lebih2 ilmu belum penuh di dada.sekadar berkongsi ja.dan yg paling penting jgn menjatuhkan maruah wanita islam.


No comments:

Post a Comment